darsa-logo

Madrasah Tahfiz Pondok Durani DarSa

Tajaan Ramadan
Pelajar Tahfiz

Sepanjang bulan Ramadan ini, Madrasah Tahfiz Pondok Durani Darsa membuka peluang untuk semua muslim dan muslimah bersedekah dan memberi makan kepada anak-anak pelajar tahfiz kami. 

 

Setiap amalan manusia akan diganjarkan kebaikan semisalnya sehingga 700 kali ganda. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’”
 
(Hadis Riwayat Muslim)
Maklumat Asas

Madrasah Tahfiz Pondok Durani DarSa

Madrasah Tahfiz Pondok Durani DarSa sudah beroperasi selama 10 tahun. Nama lama kepada madrasah ini adalah Tahfiz Kontena Pondok Durani.

Maahad Tahfiz Pondok Durani DarSa berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), yang menunjukkan bahawa institusi ini sah dan diakui oleh pihak berkuasa agama di Selangor. Pendaftaran dengan JAIS memastikan bahawa tahfiz ini memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk operasi dan kurikulum kami.

pitas-img

Madrasah Tahfiz Pondok Durani DarSa Sah Berdaftar & Diakui oleh:

tahfizdarsa-updated-sijil
Pelaburan Akhirat yang Bermakna

Rasulullah SAW adalah yang paling dermawan pada bulan Ramadan

“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Ramai daripada pelajar kami merupakan asnaf dan beberapa orang anak yatim yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, malah ada yang tidak mampu membayar yuran pengajian. 

Kami tak sanggup untuk menaikkan yuran pengajian akibat kos makanan dan barangan yang semakin meningkat. Namun berharap Allah SWT mendatangkan orang yang baik hati seperti Tuan/Puan untuk menghadirkan kegembiraan kepada anak-anak tahfiz kami.

Dengan menaja dan memberi sumbangan kepada Madrasah Tahfiz Durani Darsa ini, anda bukan sahaja bersedekah memberi makan kepada orang yang berpuasa, malah anda juga membantu golongan anak yatim dan asnaf untuk turut sama merasai kenikmatan berpuasa di bulan Ramadan kali ini. 

Manfaat kepada Generasi Huffaz

Di Maahad Tahfiz Pondok Durani DarSa, kami komited menyediakan suasana pembelajaran yang selesa dan tenang untuk para pelajar mendalami ilmu Al-Quran. Namun, kos makanan harian bagi para pelajar adalah salah satu keperluan asas yang memerlukan sokongan anda.

Separuh daripada pelajar kami merupakan anak yatim dan asnaf yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, malah ada yang tidak mampu membayar yuran pengajian. 

Oleh itu, pihak tahfiz bukan sahaja menaja sepenuhnya kos pembelajaran mereka, tetapi juga menampung keperluan makan dan minum bagi memastikan mereka tidak kelaparan dan dapat belajar dengan tenang.

tahfizdarsa-makan1

Dengan menyumbang kepada Tajaan Makan & Minum Pelajar Tahfiz, anda membantu meringankan beban pengurusan dan memastikan setiap pelajar dapat menikmati makanan yang berkhasiat serta seimbang sepanjang masa pengajian mereka. Setiap suapan yang mereka nikmati bukan sekadar memenuhi keperluan fizikal, tetapi menjadi tenaga untuk mereka meneruskan hafazan dan ibadah.

Jadikan sumbangan anda sebagai amal jariah berterusan yang bukan sahaja memberi manfaat kepada para pelajar, tetapi juga membawa ganjaran pahala yang berpanjangan buat anda di akhirat kelak.

tahfizdarsa-makan2
Tujuan Permohonan Sumbangan

Cahaya Harapan kepada Anak-anak Tahfiz

Infaq anda bukan sahaja membantu keperluan harian, malah menjadi pelaburan jariah yang berpanjangan untuk akhirat. Sertai usaha mulia ini, dan jadilah sebahagian daripada perubahan yang bermakna.

Yuran makan pelajar Asnaf

Menampung yuran makan pelajar Asnaf yang tidak mampu membayar yuran.

Semangat amalan kita ini ialah berdasarkan Hadis:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ، أَفْشُوا السَّلَامَ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ، وَصَلُّوا وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُونَ الجَنَّةَ بِسَلَام 

Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Sebarkanlah salam (damai), berilah makanan dan solatlah ketika orang sedang tidur, nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan iringan ucapan salam (Allah dan MalaikatNya).” [Riwayat al-Tirmidhi, 2485 dan Ibn Majah, 1334, hadith sahih]

Pembelian bahan masak

Tahfiz memerlukan sumbangan untuk pembelian bahan masak yang semakin meningkat kosnya. Guru-guru masak sendiri tanpa catering bagi mengurangkan kos pengurusan.

Jaminan halal dan toyyib

Memastikan bahan-bahan Mentah dan kering untuk memasak yang dibeli adalah halal dan toyyib agar hafazan pelajar mudah dan lancar. Ayam yang bebas suntik, ikan daging dan sayur segar.

Dalam surah Al Baqarah ayat 186. Allah SWT berfirman,
يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ كُلُوْا مِمَّا فِى الْاَرْضِ حَلٰلًا طَيِّبًا ۖوَّلَا تَتَّبِعُوْا خُطُوٰتِ الشَّيْطٰنِۗ اِنَّهٗ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِيْنٌ

Maksudnya : "Wahai manusia, makanlah sebagian (makanan) di bumi yang halal lagi baik dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya ia bagimu merupakan musuh yang nyata."

Ribuan Keberkatan

Manfaat Bersedekah di Bulan Ramadan

“Barangsiapa yang memberi sedekah seberat satu biji kurma dari hasil usaha yang baik – dan Allah tidak menerima kecuali yang baik – maka Allah akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, kemudian Allah mengembangkannya untuk pemiliknya sebagaimana salah seorang di antara kalian mengembangkan anak kudanya, sehingga menjadi sebesar gunung.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Niat Sedekah
quotes-quran

Niat sedekah ini juga boleh dihadiahkan kepada ahli keluarga yang telah meninggal dunia..

Sekedah untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah salah satu bentuk amal jariyah yang dapat memberi manfaat bagi mereka di alam barzakh.

Nabi Muhammad SAW bersabda;

“Apabila manusia meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.”

(HR Muslim)

Nama para penyumbang akan didoakan

Sebagai tanda penghargaan atas sumbangan Tuan/Puan, pihak tahfiz akan menyebut nama dan mendoakan sekalian penyumpang dalam Majlis Khatam Al-Quran sempena hari Nuzul Al-Quran pada 18 Mac 2025 dan juga pada hari-hari terakhir 10 hari Ramadan nanti.

Jemputan Iftar dan Solat Terawih

Pihak tahfiz juga dengan rendah hati menjemput para penyumbang untuk hadir ke majlis iftar dan solat terawih pada 27 Ramadan. Tuan/Puan berpeluang bertermu sendiri dengan penghafal Al-Quran di Maahad Tahfiz kami.

Niat sedekah sebagai penyucian harta dalam pekerjaan dan syarikat-syarikat

Sedekah sebagai penyucian harta adalah konsep yang sangat dianjurkan dalam Islam.

Pembersihan Harta dari Unsur Syubhah (meragukan) atau Haram

Dalam dunia perniagaan dan pekerjaan, kadang-kadang ada pendapatan yang bercampur dengan unsur yang meragukan (syubhah), walaupun tanpa sengaja.

Sedekah bukan sahaja membantu membersihkan harta dari unsur-unsur syubhah (meragukan) atau haram, tetapi juga menjadi jalan untuk menambah keberkatan dalam rezeki.

Mengapa Sedekah Dapat Membersihkan Harta?

1. Menghapus Dosa dan Kesalahan

Rasulullah ﷺ bersabda: "Sedekah itu memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api." (HR. Tirmidzi) Jika ada unsur kekurangan atau kesalahan dalam cara memperoleh harta, sedekah dapat menjadi penebus kesalahan tersebut.

2. Menyucikan Harta dari Unsur Syubhah

Dalam dunia perniagaan dan pekerjaan, kadang-kadang ada pendapatan yang bercampur dengan unsur yang meragukan (syubhah), walaupun tanpa sengaja.

Sedekah membantu menyucikan bahagian yang tidak jelas ini dan menyalurkannya kepada yang lebih memerlukan.

3. Menjauhkan dari Sifat Kikir & Cinta Dunia Berlebihan

Islam mengajarkan keseimbangan dalam memiliki dan menggunakan harta. Dengan bersedekah, seseorang menghindari sikap tamak dan memastikan hartanya tidak menjadi sebab kelalaian terhadap akhirat.

4. Menarik Keberkatan dan Tambahan Rezeki

Allah berfirman dalam Al-Qur’an: "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki." (QS. Al-Baqarah: 261)

Harta yang disedekahkan tidak akan berkurang, malah Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik.

Cara Sedekah untuk Pembersihan Harta

1. Menentukan Niat yang Jelas Pastikan niat untuk membersihkan harta dan mencari keredhaan Allah. Jika ada harta yang berasal dari sumber tidak halal, niatkan untuk mengeluarkannya tanpa mengharapkan pahala.

2. Memberikan kepada Penerima yang Berhak Fakir miskin, anak yatim, institusi keagamaan, rumah kebajikan, atau projek wakaf. Jika ada unsur haram dalam harta (seperti riba), sebahagian ulama menyarankan untuk menyalurkannya kepada pembangunan kemudahan awam tanpa mengharapkan pahala.

3. Melakukan dengan Konsisten Selain zakat yang wajib, menjadikan sedekah sebagai amalan rutin akan terus membersihkan harta dan mendatangkan keberkatan.

Ayuh Bersedekah, Lipat gandakan amalan di bulan Ramadan

Setiap sumbangan, tidak kira kecil atau besar sangat memberi makna kepada kami. Semoga setiap niat baik yang anda lakukan, mendapat ganjaran yang setimpal di bulan yang suci ini.
Ribuan Keberkatan

Impak Sumbangan

Menyediakan Keperluan Asas Pelajar

Dana tajaan boleh digunakan untuk memastikan setiap pelajar mempunyai makanan dan minuman yang mencukupi, mengurangkan beban kos kepada keluarga mereka.

Pendidikan Percuma / Bersubsidi untuk Pelajar Kurang Mampu

Sumbangan membolehkan Madrasah Tahfiz Durani menawarkan pendidikan percuma atau bersubsidi kepada pelajar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah, memberi mereka peluang untuk menuntut ilmu tanpa beban kewangan.

tahfizdarsa-img4
tahfizdarsa-img3

Kualiti Pendidikan yang Lebih Baik

Sumbangan membolehkan madrasah menyediakan bahan pengajaran yang lebih baik, tenaga pengajar yang lebih berpengalaman, dan melaksanakan kurikulum yang lebih terancang, menjadikan pelajar lebih cemerlang dari segi hafazan dan akademik.

Membantu Melahirkan Huffaz yang Berbakti

Sumbangan juga menyumbang kepada usaha melahirkan lebih ramai hafiz dan hafizah yang dapat menyebarkan ajaran al-Quran, mengekalkan tradisi Islam dan menyumbang kepada pembangunan spiritual masyarakat.

Soalan Lazim

FAQs: Menjawab Setiap Persoalan

Maahad Tahfiz Durani DarSa adalah sebuah institusi pendidikan yang komited dalam melahirkan generasi Huffaz dengan gabungan pendidikan agama dan akademik. Kami menyediakan pendidikan tahfiz berkualiti yang disokong dengan program akademik dan kokurikulum seimbang.

Kami memerlukan sumbangan untuk menampung kos operasi, membina dan menyelenggara infrastruktur, serta menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada para pelajar. Sumbangan juga membantu menaja pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Setiap sumbangan akan disalurkan kepada keperluan operasi harian madrasah, pembelian bahan pengajaran, pembangunan infrastruktur, dan kebajikan pelajar. Kami juga memastikan pengurusan dana dilakukan secara telus dan profesional.

Ya, setiap penyumbang akan menerima resit rasmi sebagai bukti sumbangan. Resit ini boleh digunakan untuk tujuan rekod atau pengecualian cukai, bergantung kepada polisi tempatan.

Anda boleh menyumbang melalui beberapa saluran yang disediakan di laman ini, termasuk pindahan wang bank, pembayaran online dan melalui WhatsApp.

Ya, kami menyediakan pilihan untuk sumbangan berkala (bulanan atau tahunan). Anda boleh memilih amaun dan tempoh sumbangan mengikut kemampuan anda.

Kami komited kepada ketelusan dan pengurusan profesional. Laporan kewangan akan dikongsikan secara berkala untuk menunjukkan bagaimana dana sumbangan digunakan untuk kebaikan pelajar dan madrasah.

Sumbangan anda akan membantu pelajar-pelajar tahfiz di Maahad Tahfiz Pondok Durani DarSa, terutama mereka yang kurang berkemampuan, untuk mendapat pendidikan yang holistik dan seimbang.

Ya, kami mengalu-alukan kehadiran para penyumbang untuk melawat madrasah dan melihat sendiri perkembangan dan impak sumbangan anda. Sila hubungi kami untuk menetapkan lawatan.

Maahad Tahfiz Pondok Durani DarSa menawarkan pendidikan tahfiz Al-Quran dan berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Terletak di Lot 3341, Persiaran Rahmat, Teras Jernang, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

Disclaimer

Maahad Tahfiz Pondok Durani DarSa 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. +6011-1971 1016 | tahfizdurani@gmail.com. This website is not related in any way possible to FACEBOOK. Inc. This site is also not endorsed by FACEBOOK. This “link” is also not affiliated with or has any correlations in any way possible with TikTok. TikTok does not sponsor, endorse, or approve anything mentioned on this site. This site’s contents are trademarked and copyrighted by the respective owner. “Facebook” or FB is a registered trademark of Facebook.com whereas “TikTok” is a trademark of tiktok.com. Any data received via this site will be 100% used and managed by the client’s ” name”. The data will not be shared and given to any unauthorized party or any third party without the respective owner’s permission.

© 2024-2025 Maahad Tahfiz Pondok Durani DarSa. Powered by Wisdom Creative